Ada seorang hamba-Allah bertanya mengenai budaya sebilangan rakyat malaysia yang bermaafan dengan berkata .."Kosong-kosong" / "lebih kurang halal".... Adalah hanya berkata kosong-kosong itu sudah cukup untuk menghilangkan semua dosa tanpa memberitahu kesalahannya??..
Sebagai contoh; Si Awang mencuri duit Si Dollah tanpa pengetahuannya si Dolah. Adakah dengan berkata "Kosong-kosong" atau "Lebih kurang Halal" hilang dosa si Awang??..
Jawapannya Tidak.. Si Awang perlu memberitahu yang dia telah menyeleweng duit si Dolah sebanyak ?$... Sekiranya si Dollah halalkan barulah dikira hilang dosanya...
Penjelasan Pertama:
Kita perlu ingat.. "Seburuk-buruk dosa ialah dosa kepada manusia" ... Kerana manusia bukan Maha pengampun dan manusia akan menuntutnya di Akhirat semasa hendak melintas Titi Siratulmustaqim..
Dengan kedua-dua pihak berkata "Kosong-kosong" atau "Lebih kurang Halal" tanpa penjelasan tidak menghalalkannya..
Cuba tanya diri sendiri.. Sekiranya ada sahabat anda mencuri 500, 1k, 5k, 50k tanpa pengetahuan anda, adakah anda menghalalkannya begitu sahaja sekiranya si pencuri berkata "lebih kurang halal"??....
Walaupun di pencuri itu saudara atau rakan karib kita... belum tentu mudah untuk kebanyakkan daripada kita menghalalkannya.
Penjelasan Kedua:
Sekiranya harta yang dicuri itu telah diniat oleh tuan punya untuk diserahkan ke pihak lain (masjid, anak yatim, saudara lain dan etc..) maka tuan punya akan memberitahu si pencuri itu "sekiranya nak kemaafan.. sila pergi jumpa di polan si polan kerana duit itu sepatutnya sampai kepadanya"..
Sama-samalah kita renungkan…
Wallahualam….